Hidup tidak sesekali indah. Ada kala kita di bawah dan pada hari lain kita gembira apabila berada di atas. Tangisan dan kegembiraan silih berganti dalam kehidupan. Inilah yang dikatakan lumrah hidup.
Dalam menempuh sebuah perjalanan, ujian sentiasa datang menguji kekuatan diri sehingga pada suatu ketika kita berasa sangat lelah dan mahu berehat daripada onak dan duri ini. Saat diri diuji, emosi kita mudah terjejas dan perasaan negatif terus menghimpit diri.
Jangan hanyut dengan musibah yang datang sebaliknya bina kembali kekuatan diri. Ayuh! Bergerak ke arah positif.
*Muhasabah diri*
Terima segala ujian dengan hati terbuka. Anda mesti berlapang dada dan bersikap rasional, dengan cara ini barulah anda mendapat kekuatan dan menangani masalah dengan tenang. Audit kesilapan diri dan berusaha menjadi insan yang lebih baik.
*Percutian*
Depresi biasanya berlaku bila anda apabila anda terikat dengan jadual kerja yang padat. Usah sayang melaburkan sedikit wang agar anda dapat bercuti ke lokasi menarik bersama yang tersayang. Percutian adalah terapi yang dapat merawat minda, rohani dan tubuh anda.
*Teroka benda baru*
Rutin sama akan membuatkan anda cepat bosan. pecahkan tradisi hidup dengan mencuba benda baru yang menyeronokkan. Cari aktiviti atau hobi yang yang anda minati seperti menunggang kuda, kelas jahitan atau memasak.
*Bersantai dengan keluarga*
Luangkan masa berkualiti dengan keluarga. Keletah dan gelagat mereka pasti membuatkan anda terhibur. Malah ada petua yang mengatakan apabila anda memeluk anak kecil, anda akan berasa lebih tenang dan gembira.
Bersiar dengan teman
Selain keluarga, teman-teman baik menjadi kekautan anda. Jangan terlalu pentigkan kerja sehingga lupa bertanya khabar sahabat anda. Perkongsian dengan teman baik sedikit sebanyak memberi motivasi dan memberikan dan meringankan beban yang anda tanggung.
Beri ganjaran untuk diri
Kita selalu mengutamakan keperluan orang yang disayangi sehingga tanpa disedari, kita mengabaikan diri. Sebelum kita menghiburkan orang atau memberi ganjaran pada insan lain, lakukan dahulu pada diri sendiri. Orang bahagia akan membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada orang di sekeliling,
*Bersenam*
Senaman secara rutin bukan sahaja membuatkan tubuh lebih fit dan potongan badan menarik malah ia juga membantu meningkatkan tahap kesihatan. Paling menarik, senaman dapat menghilangkan tekanan.. Segala tekanan dan dan bebanan dilepaskan meneruskan aktiviti fizikal, hasilnya kita akan lebih gembira.
*Belai tubuh & wajah*
Sesekali belanja diri anda dengan perawatan tubuh dan wajah di spa. Rawatan istimewa ini akan membuatkan tubuh lebih relaks. Urutan juga dapat dikatakan dapat menghilangkan lenguh badan, melancar perjalanan darah dan membuatkan anda lebih ceria serta bertenaga.