Friday, December 27, 2013

TAMPIL LANGSING DENGAN JUS

  Bagi individu yang memiliki badan agak gempal semestinya impian mendapatkan tubuh dan penampilan menarik sering diidamkan. Bagi merealisasikan matlamat tersebut maka mulakanlah dengan diet seimbang.
  Sebenarnya jus adalah menu sihat yang sesuai diamalkan dalam diet harian. Selain memberi kesihatan yang baik, ia juga berupaya meningkatkan fungsi sistem metabolisme seterusnya membantu menurunkan berat badan. Bagaimanapun, bukan semua jus efektif untuk diminum. Berikut adalah beberapa jenis jus yang dicadangkan bagi mengurangkan berat badan.

Kombinasi jus buah, sayur
Ramai sedia maklum bahawa sayur-sayuran dan buahan-buahan amat bagus untuk kesihatan. Apabila keduanya digabungkan untuk menghasilkan jus minuman maka ia adalah salah satu langkah yang cukup bijak. Lazimnya bahan campuran yang digunakan ialah sawi, epal dan perahan lemon. Kandungan zat antioksidan yang tinggi termasuk potassium berserta serat di dalamnya dikatakan berkesan untuk proses menurunkan berat badan.

Amalkan epal
Bagi mereka yang mementingkan kesihatan, disarankan agar mengambil epal seelok2eloknya setiap hari. Selain mendapatkan tubuh sihat, ia juga mampu menurunkan berat badan dalam tempoh singkat. 
Sekiranya bosan mengambil epal secara biji maka bolehlah ditukar ke bentuk jus dengan mencampurkannya bersama daun saderi dan sedikit perahan lemon. Minum ketika bersarapan. Kandungan serat dari jus ini membuatkan anda muah berasa kenyang.

Pir penuh khasiat
Buah ini sememangnya kaya dengan vitamin, mineral, kalium, magnesium dan fosforus. Disebabkan kandungan yang cukup bermanfaat itulah maka ia amat membantu untuk proses menurunkan berat badan. Mungkin sebelum ini ia hanya dikenali sebagai buah-buahan biasa tetapi bagaimana pula setelah anda mengetahui khasiatnya? Teruslah mencuba ya.

Ambil lobak untuk kurus
Selain buah-buahan dan sayur-sayuran di atas, anda boleh juga mencuba lobak untuk menurunkan berat badan. Lobak kaya dengan vitamin A dan tinggi magnesium, kalsium, kalium dan keratin. Kandungan nutrisi tersebut berupaya meningkatkan sistem kekebalan tubuh di samping membantu dalam proses penurunan berat badan.

Oleh itu, sekiranya anda serius untuk tampil langsing, amalkan jus buah-buahan serta sayur-sayuran juga membantu untuk merealisasikan impian anda.

Jangan sesekali berputus asa sekiranya usaha kali yang pertama tidak membuahkan hasil. Boleh cuba lagi untuk kali yang kedua, ketiga dan berikutnya. Perlahan-lahan jadikan minuman jus seperti yang disyorkan di atas sebagai amalan. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...