Menjaga kecantikan bukan sahaja memerlukan penjagaan luaran, produk kosmetik, makanan tambahan, malah aktiviti, rutin seharian, makanan ruji juga adalah kunci bagi terapi kecantikan.
Kami kongsikan beberapa perkara penting sebagai terapi untuk cantik sepanjang usia !
Pengambilan makanan seimbang & berkhasiat penting untuk pertumbuhan sel kulit baru, zat, gizi yg penting untuk sistem imun & fungsi organ. Sayuran hijau tinggi klorofil bagus untuk fungsi sel & organ. Herba & ulaman tinggi dengan antioksidan, antiradang, anti-inflamasi secara semulajadi utk menguatkan sistem imun. Ingat ya, makan apa pun mesti bersederhana..Buah jangan lupa ya !
Kerap minum air masak untuk seimbangkan elektrolit, lembapkan tubuh & tenaga. Jangan berlebihan minum minuman manis ! kerana tinggi risiko kencing manis & obesiti !
Apabila kita stres, kortisol tinggi dalam badan & akan bunuh sel imun badan, rosakkan sel kulit jadi mesti selalu positif, bermotivasi tinggi untuk sentiasa sihat, cantik & awet muda.
Hormon memainkan peranan penting dalam fungsi tubuh, hormon tidak seimbang, penuaan semakin hampir. Jadi seimbang hormon dengan pengambilan phytoestrogen untuk mengimbangi & cantik.
Tidur sangat penting ! jaga masa tidur anda 8 jam sehari untuk mendapatkan kulit yang cantik. Sewaktu kita tidur, tubuh menjalankan fungsi detoks & organ dalaman lain menjalankan fungsi utama. Jadi, tidur yang cukup bukan sahaja, buatkan kita sihat, cergas, malah tiada eyebeg jelas kelihatan.
Alkohol & rokok ialah pemusnah sel2 kulit & sel penting lain dalam tubuh..Pastikan anda amalkan terapi kecantikan untuk sentiasa cantik sihat sepanjang usia!