Endometriosis adalah suatu penyakit pada sistem reproduksi wanita dimana endometrium tumbuh di luar rongga rahim. Wanita yang menghidapi penyakit ini biasanya mengalami senggugut teruk, mandul dan keguguran yang berulang kali. Gejala utama dari endometriosis adalah kesakitan pelvis, seringkali bersamaan dengan datangnya haid.
Walaupun rata-rata wanita mengalami kekejangan sepanjang tempoh haid, pesakit endometriosis menggambarkan kesakitan haid yang jauh lebih parah dari biasanya. Pesakit juga melaporkan bahawa rasa sakit semakin lama semakin parah.
Tanda-tanda dan gejala endometriosis antara lain:
1 .Haid yang menyakitkan. Sakit dan kejang pada pelvis yang bermula sebelum haid dan semakin teruk menjelang haid. Sakit ini juga boleh berlaku pada punggung bahagian bawah dan perut.
2. Sakit ketika melakukan hubungan intim. Sakit selama atau setelah berhubungan intim lazim dialami pesakit endometriosis.
3.Sakit ketika buang air besar atau buang air kecil. Pesakit kemungkinan besar mengalami sakit semasa buang air besar dan / atau buang air kecil pada sepanjang tempoh haid.
4. Pendarahan yang berlebihan. Anda mungkin mengalami pendarahan haid yang berat sekali-sekala (menorrhagia) atau pendarahan di antara tempoh haid (menometrorrhagia).
5. Kemandulan (ketidaksuburan). Endometriosis seringkali dikenal pasti pada wanita yang awalnya adalah pesakit untuk rawatan kemandulan.
6. Gejala lain. Gejala lain yang mungkin dialami pesakit antara lain keletihan, cirit-birit, sembelit, kembung atau mual, terutama selama tempoh haid.
Jadi sekiranya anda mengalami masalah ini anda boleh segera dapatkan saranan doktor dan pemeriksaan lanjut.
Sumber : www.program-hamil.com